Simple rule untuk majoriti manusia

Manusia kan? Memang la tak lari dari salah. Pulak tu maksud ‘salah’ tu sendiri sebenarnya menunjukkan manusia sudah mula asingkan 2 perkara iaitu terhadap lawannya, ‘betul’.

Kat satu level, ianya cuma 1 maksud. KEJADIAN.

Oklah, berbalik kat citer ‘salah’ tadi.

Apa ko buat kalau ko buat salah? Tak mengaku? Teruskan deny? Campakkan kesalahan kt orang lain?

Semua yang aku sebut tu menambahkan perbalahan antara ego 2 manusia (at least).

Dalam kajian pola pemikiran yg aku buat terhadap diri sendiri, berterusan berbalah akan menyebabkan sistem badan disfunctional.

Ego bertemu ego.

Just stop!

Bila ko salah, just say sorry. I wont do it again. My bad.

It stop. Ego dijinakkan, dan sebelah pihak lagi ego jadi beralah.

Sebenarnya simple kan nak jaga kesihatan?

Keep vibrate to the LOVE FREQUENCY.

Ho’oponopono.

I’m sorry,

Please Forgive me,

Thank you,

I love you,

 

Semua Cerita Pasal Anak

Bukak facebook, orang cerita pasal anak. Bukak Whatsapp, group sekolah cerita pasal jumlah anak, group family pun cerita pasal anak.

Yang baru nak kahwin pun cerita pasal anak.

Ko rasa aku sokong ke statement “janganlah menunjuk2 rezeki anak dan rezeki lain-lain kat media sosial, takut orang lain kecik hati” oh kemon no!

Itu kegembiraan diaorang. Biarlah. Aku tumpang gembira je. Tapi satu je aku xleh buat.

Join the conversation. Sebab akan ubah mood.

Mood gembira hepi hepi jadi mood sedih. Sebab lingkungan aku semua alert dan prihatin. Karang aku cakap yeay tahniah korang sebab anak ramai, sama ada group akan stop conversation atau kata-kata “ada rezeki ko nanti” akan muncul.

Hehehe! Situasi ni dah biasa aku lalui. Sometimes aku bolayan je. Sometimes klu aku ngengada aku layan la perasaan secara silent by myself.

Bukan belum rezeki sebenarnya, tapi aku yang ‘belum sedia’. Aku setuju 100% dengan apa yang master Umar rungkaikan berkaitan rezeki anak ni.

Habis dia bogelkan faktor kenapa masih belum ada anak.

Infiniti Dimensi dan Kejadian

Aku pernah terbaca penulisan Arif RH berkaitan dimensi dan kejadian.

Pemahaman aku mungkin la berbeza dari apa yg dia tulis. Tapi konsep penceritaannya tak lari dari hukum fizik kuantum yang selama ni aku paham.

Dalam kehidupan kita ni, ada bermacam kejadian yang berlaku dalam satu-satu masa.

Contohnya aku teringin makan ayam goreng Mcd yg tgh popular sekarang ni, so aku pun makan la ayam goreng tu.

dalam dimensi kejadian yang lain, aku teringin makan ayam goreng mcd tapi aku singgah restoran nasi goreng belacan. Ada lagi kt dimensi kejadian yang lain aku terus balik rumah tanpa makan ayam goreng mcd.

Yes! Lautan kemungkinan itu sentiasa ada. Aku percaya. Bukan melibatkan benda kecik je, malah benda besar yang lain. Apa sahaja kejadian dan kemungkinan, u named it. Ianya wujud.

Umpamanya dunia ini terlalu byk dimensi yang tak terjangkau dek akal kita. Ianya infiniti.

Kita hanya hidup dijalur dimensi kita. Itu yang kita fikir. Tapi kesedaran yang luas membolehkan kita menerjah dimensi-dimensi lain pada bila-bila waktu yang kita nak.

Betapa sebenarnya manusia cuma fikir kita hidup di satu dimensi. Padahal dimensi itu terlalu byk.

Redha

Tadi aku terfikir tentang sesuatu kefahaman tentang redha. Sebelum ni yang aku paham redha ni hanyalah redha. Tapi aku nak kembangkan lagi kefahaman aku untuk diri aku yang di dimensi belakang dan depan. Redha ni lebih kepada melepaskan, pasrah, tidak melekat, move on, berserah, lupakan.

Dalam banyak perkara yang kita tak nak berlaku, kononnya redha. Tapi sebenarnya kita masih tak melepaskan tentang perkara tu. Sebagai contoh, kalau masih tak puashati sebab kena tipu RM500 oleh seseorang, mulut kata “takpelah, dah bukan rezeki aku” tapi sebenarnya dalam hati masih berharap duit tu kembali.

Apa yang aku dapati, selagi kita tak melepaskan feel tu, maka nasib dan result hidup kita berkaitan duit akan berkisar pada jumlah itu sahaja. Tapi kalau betul kita redha, pasrah, lupakan dan move on ke perkara lain, ajaibnya kehidupan jugak berubah. Ini magik kan?

Sebenarnya apa yang berlaku adalah kita belajar tentang sesuatu. Menerima hakikat kejadian dan sedar memang itulah jalan yang diberikan dan telah disediakan untuk kita menerima lagi jalan lain yang lebih indah yang lebih hebat. Selagi kita tak pasrah dan masih melekat, maka kita akan berpusing sekitar jalan itu sahaja. U-turn dan terus u-turn.

Dalam apa pun perkara, tak semestinya duit, pasrah dan lepaskanlah. Terimalah apa yang berlaku dan fokus pada penghidupan kita yang seterusnya. Mudah-mudahan ada yang lebih indah dan lebih hebat menanti. Dan memang itulah yang sepatutnya.

Rindu Sabah Part 2

Alahai tetiba je malam semalam teringat balik moment kat Sabah. Moment yang buat aku trigger perasaan rindu ni bila aku teringat masa bulan puasa lepas, masa tu aku xde transpot untuk bergerak.

Petang tu si Sharul kata tak balik rumah, kena jaga lokap katanya. Aku memang menumpang dia pergi n balik kerja, kitaorang serumah. Jadi aku pun dah jem la, opis aku dengan Sharul tak sama.

Aku dah nekad memang nak jalan kaki je balik rumah. Lagipun memang aku xde hal lain nak buat malam tu. Tapi tup tup si Alex Kukundu call tanya nak tumpang balik rumah ke x? Dia cakap nak singgah opis aku. Aku jadi terharu la beb. Tetiba si Alex ni nak tumpangkan.

Sebalik cerita alex nak tumpangkan ni, rupanya bermula dari cerita Kak jue. Dia nampak Sharul kt opis jaga lokap, jadi kak jue pun tnya la Sharul si Aryl tu balik naik apa? Sharul cakap tak tahulah. Then terus si Sharul mintak Alex jemput aku kat opis.

Kakjue pulak terus nak bagi pinjam kereta dia malam tu jugak. Aku cakap xpelah, esok pagi je la. Jadi kat situlah camna relatenya cerita pasal aku xde transport tapi kawan2 berusaha untuk tolong aku. Kak ju bagi pinjam kereta lebih dari seminggu kot.

Selain tu, teringat plak kat geng lepak kat kedai Burger Bakar kat Alamesra. Si Azah Mamod. Dia ni walaupun selalu bz, tapi kalau dia free memang tak pernah menolak ajakan aku untuk melepak.

Tapi tulah, ruang dan dimensi waktu berubah. Peristiwa jugak turut berubah. Memori masih boleh dikenang dan dirasai.

Ini kan kejadian

Sering aku dengar seseorang yang menyesal dengan sejarah hidupnya. Nak diubah tak boleh. Terasa jeles dengan orang lain yang kononnya lebih indah, lebih menarik sejarahnya.

Be proud dengan sejarah sendiri. Jalan cerita kita takkan sama dengan jalan cerita orang lain. Kau nak jalan cerita kau sama dengan mereka? Tidak, kau unik. Bagaimana mungkin jalan cerita mu sama.

Life unfolds, jalani kehidupan seperti yang kau nak. Ianya dihadapan. Bukannya di belakang. Kalau di belakang namanya sejarah. Be proud!

Alien pun bertanya

Ada 1 persoalan yg bermain kat minda aku sbnrnya. Tapi aku consider soalan tu muncul dari alien dari galaksi lain yang datang ke bumi.

Mungkinkah Alien akan bertanya “Sudah berapa lama manusia mendiami bumi ini dan kenapa manusia di bumi tidak berharmoni sesama sendiri? Adakah mereka tidak belajar punca persengketaan dan bilakah akhirnya manusia akan berdamai keseluruhannya?”

Sekian.

Member alien.

Perkara yg aku rindu kt KK

Baru 2 hari tinggalkan kk dek kerana ditugaskan di putrajaya aku dah mula rindu beberapa perkara kat kk.

1. Sarapan pagi kt Sutera Bayu Alamesra. Roti bakar dan teh tarik ais. Ini mmg wajib. Walau sorang tetap jugak aku gagahkan untuk sarapan kat sini bila dah teringin sangat menu ni.

2. Lepak Mcd Sulaman pagi2 sorang2 layan hot cake dengan kopi o panas. Biasanya dalam 2 minggu mesti aku dptkan candu aku kat Mcd ni. Dan dengar lagu sama2 mengejar mimpi.

3. Lepak oldtown white coffee layan wc4 oldtown white coffee dilengkapi roti dengan telur setengah masak.

4. Lunch kt sup tomato alamesra. Tukang ambik order dah kenal sgt dgn aku. Kalau amik order, soalan dia “nasi atau meehun?”

Byk lagi sebenarnya memori kat kk. Nnti aku dtg untuk ulang memori2 ni.

Ketagihan Spicy Chicken Mcdeluxe

Hye, dulu masa aku mula2 couple ngan Isteri aku (dalam tahun 2009), time tu la aku start ingat memori aku ngan Mcd. Asal dating je mesti makan kat Mcd. Dan makanan yang aku order time tu sudah semestinya BigMac. Aku tak tau apa yang nikmat sangat makan BigMac time tu. Rasa lengkap sangat bila dapat gigit burger tu.

Aku ingat lagi, kalau makan bigMac tu mesti aku akan makan sekali dengan fries. Dan perkara yang paling aku ingat si Dhia ni la, kongsi makan bigMac ngan aku tapi dia cuma gigit sikit2 je keliling bigMac tu pastu kata dah kenyang. Ntah dia saje nak bagi aku peluang makan selebihnya atau dia btul2 dah kenyang.

Zaman berubah dan masa aku mula bekerja kat Sabah, BigMac bukanlah menu feveret aku lagi. Aku rasakan kualiti BigMac dah menurun. Sayur bersepah, daging kering. Time ni aku mula tukar menu, Double Cheeseburger. Punya la sedap melebihi bigMac kalau mengikut pendapat aku time tu.

Lebih power lebih umph. Dengan rasa dagingnya yang mantap. Still sama perangai aku suka makan sekali double cheeseburger tu dengan fries sekaligus. Diselangi dengan air coca cola. Nikmat Dunia. Time ni si Dhia dah start anti fastfood. hehehe.

Sekarang (2016), aku dah mula bosan dengan doublecheeburger. Aku dah takde alasan untuk pegi Mcd waktu malam. Tapi akan singgah ke Mcd untuk sarapan dikala aku merindukan hot cake dan kopi o panas, selain dari waktu pagi, memang aku takkan ke Mcd.

Tapi baru2 ni aku cuba spicy Chicke McDeluxe. Mak aihhhh, sedap betul weh! Naper la aku baru tau burger ni sedap sangat?

Benda paling susah nak dihindar

Ada 2 benda la yang setakat ni agak susah nak dihindar. Pertama mengumpat, kedua ego. Hahaha kalau bab mengumpat tu kan, bak kata Guru aku, perkara yang kita umpat tu akan berjangkit kat kita.

Kononlah kita mengumpat pasal si A yang kedekut gile bla bla bla, tup tup tengok kita plak jadi kedekut tanpa kita sedar atau tak. Jadi kalau nak mengumpat tu mengumpat la benda yang elok je ye.

Pasal ego plak. Semua pun tahu, ego kita ni makin dilayan makin sedap. Makin puas. Contoh la, kalau kat jalanraya ada orang cucuh kereta kita dari belakang mulalah kita nak ajak racing.

Banyak lagi contoh yang sebenarnya malas aku nak pikir n taip kat sini. Bak kata seorang ilmuan dan pakar motivasi yang aku dah lupa namanya, Ego itu tidak boleh dihapuskan tapi perlu dijinakkan atau ditundukkan.